Novel Sutera Dalam Lukisan

Tiga Peristiwa Yang Meninggalkan Kesan Terhadap Perasaan

Adila memilih Bujei sebagai bakal suami. Adila memberitahu hasratnya kepada Mak Lamah dan Sidang Saman bahawa dia ingin memilih Bujei sebagai bakal suaminya. Sebagai menghormati pilihan Adila, mereka setuju. Perkara itu masih dirahsiakan daripada orang lain. Sidang Saman menjelaskan bahawa Bujei belum bersedia menjadi suami kepada Adila. Adila menasihatkan Bujei supaya belajar ilmu agama daripada Sidang Saman. Adila pulang ke Kuala Lumpur untuk mula bekerja.

Sikap Adila yang prihatin. Adila melihat Bujei tertidur di kaki lima kedai semasa dia dan Same’ah dalam perjalanan ke bandar. Adila meluahkan rasa simpatinya kepada Bujei. Dia berpendapat bahawa Bujei tidak harus dilayan sebegitu rupa oleh masyarakat kampung. Adila dan Same’ah teringatkan  peristiwa Adila mula-mula berjumpa dengan Bujei. Adila berasa amat takut kepada Bujei.

Bujei dihampakan oleh penduduk kampung. Menjelang waktu Subuh dia bangun mandi dan bersiap. Dia terus ke simpang jalan dengan harapan ada orang yang akan mengupahnya di kebun getah. Dia tertidur. Dia dikejutkan oleh Kasim dan Husin ketika mereka dalam perjalanan ke sekolah. Bujei membawa beg mereka dengan upah sedikit makanan dai minuman. Selepas itu dia ke kedai Pak Sulong dengan harapan ada orang yang akan mempelawanya bersarapan. Dia hampa dan tertidur di kaki lima kedai.

Persoalan Tanggungjawab 

Persoalan pengabaian tanggungjawab terhadap keluarga

Harun mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga sebaliknya memaksa Fatimah menyerahkan wang kepadanya untuk berjudi. Salian Itu, ketika Hafiz membantu Harun keluar daripada lumpur itu dan membuang lumpur pada baju Harun, tiba-tiba penumbuk Harun singgah di perutnya sehingga Hafiz terjatuh. Harun menerpa dan menyepak rusuk Hafiz. Beberapa sepakan singgah di belakang badan Hafiz sehingga dia tidak sedarkan diri.

Persoalan tanggungjawab membantu seseorang tanpa melihat sifat individu

Adila merasakan bahawa dia mampu mengubah keperibadian Bujei. Pada Adila, BUjei menjadi sedemikian kerana pengaruh persekitaran. Adila melihat Hafiz mempunyai sifat-sifat kemanusiaan yang tinggi.

Persoalan tanggungjawab membantu anak yatim

Mak Som mengajak Bujei bersarapan di rumahnya setelah Hafiz selesai membasuh motosikal Alias. Mak Som menyerahkan seringgit kepada Bujei apabila Alias enggan memberi upah kepada Hafiz. Mak Som menasihati Bujei supaya tidak menurut arahan Alias.

Cara Watak Utama Menyelesaikan Konflik Yang Dihadapinya

Bujei telah dibimbing oleh Adila agar berani mempertahankan maruah dirinya. Berbekalkan perasaan dendam kepada Alias selama ini, Bujei telah bangkit menentang Alias yang datang ke rumahnya untuk membuli. Bujei telah manumbuk Alias setelah Aliasn menjatuhkan radio yang baru dibelinya di bandar. Dia telah mencapai parang yang terdapat di dapur rumahnya dan melibas ke arah Alias sehingga Alias terjatuh. Bujei meminta ganti rugi atas kerosakan radionya. Setelah Alias pergi, Bujei terkejut dengan kedatangan orang kampung termasuk Sidang Saman yang menuduhnya menumbuk dan ingin mencederakan Alias dengan parang. Namun setelah menjelaskan kedudukan sebenar kepada Sidang Saman, Alias dipaksa membayar ganti rugi tersebut. Selepas itu Alias telah menabur fitnah dan menghantar surat layang kepada Adila mengatakan Adila seorang gadis yang rosak akhlak dan menghidap AIDS. Fitnah itu membuatkan Adila terlalu sedih dan pulang ke Kuala Lumpur untuk sementara waktu.

Selepas Bujei melawan, Alias tidak berani untuk membuli Bujei lagi. Alias datang dan bercakap dengan Bujei dengan nada yang baik walaupun dia mempunyai niat yang tersirat. Manakala perasaan sangsi Bujei terhadap Adila yang disangkanya berpenyakit semakin terhapus. Hubungan Bujei dengan Adila kembali rapat. Alias pula telah menggunakan ilmu pengasih untuk mendapatkan Adila. Namun ilmu itu memakan dirinya menyebabkan dia menjadi tidak siuman. 

Nilai Kemasyarakatan

Nilai tolong-menolong yang dapat dibuktikan melalui peristiwa Adila yang sanggup mendermakan darahnya kepada Sahak yang terlibat dalam kemalangan motorsikal ketika berlumda dengan Alias. Dia menganggap darah yang disumbangkan untuk Sahak itu sekadar kebajikan dan dia tidak angkuh dengan sumbangannya itu. 

Nilai simpati ialah Mak Som mengajak Hafiz ke dapur setelah Alias enggan menyerahkan upah kepadanya. Mak Som menyediakan sarapan kepada Hafiz sambil menyerahkan duit seringgit kepadanya. Mak Som sempat menasihati Hafiz supaya tidak menurut kehendak Alias.

Nilai nasihat-menasihati, iaitu Mak Lamah menasihati Adila supaya berhati-hati apabila berkawan dengan Hafiz kerana Hafiz seorang lelaki walaupun gambaran fizikalnya seakan-akan kurang berakal. Mak Lamah bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku kepada Adila nanti.


Ulasan