Novel Sutera Dalam Lukisan
Tiga Peristiwa Yang Meninggalkan Kesan Terhadap Perasaan
Adila memilih Bujei sebagai bakal suami. Adila memberitahu
hasratnya kepada Mak Lamah dan Sidang Saman bahawa dia ingin memilih Bujei
sebagai bakal suaminya. Sebagai menghormati pilihan Adila, mereka setuju.
Perkara itu masih dirahsiakan daripada orang lain. Sidang Saman menjelaskan
bahawa Bujei belum bersedia menjadi suami kepada Adila. Adila menasihatkan
Bujei supaya belajar ilmu agama daripada Sidang Saman. Adila pulang ke Kuala
Lumpur untuk mula bekerja.
Sikap Adila yang prihatin. Adila melihat Bujei tertidur di
kaki lima kedai semasa dia dan Same’ah dalam perjalanan ke bandar. Adila
meluahkan rasa simpatinya kepada Bujei. Dia berpendapat bahawa Bujei tidak
harus dilayan sebegitu rupa oleh masyarakat kampung. Adila dan Same’ah
teringatkan peristiwa Adila mula-mula
berjumpa dengan Bujei. Adila berasa amat takut kepada Bujei.
Bujei dihampakan oleh penduduk kampung. Menjelang waktu
Subuh dia bangun mandi dan bersiap. Dia terus ke simpang jalan dengan harapan
ada orang yang akan mengupahnya di kebun getah. Dia tertidur. Dia dikejutkan
oleh Kasim dan Husin ketika mereka dalam perjalanan ke sekolah. Bujei membawa
beg mereka dengan upah sedikit makanan dai minuman. Selepas itu dia ke kedai
Pak Sulong dengan harapan ada orang yang akan mempelawanya bersarapan. Dia
hampa dan tertidur di kaki lima kedai.
Persoalan Tanggungjawab
Persoalan pengabaian tanggungjawab terhadap keluarga
Harun mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga
sebaliknya memaksa Fatimah menyerahkan wang kepadanya untuk berjudi. Salian
Itu, ketika Hafiz membantu Harun keluar daripada lumpur itu dan membuang lumpur
pada baju Harun, tiba-tiba penumbuk Harun singgah di perutnya sehingga Hafiz
terjatuh. Harun menerpa dan menyepak rusuk Hafiz. Beberapa sepakan singgah di
belakang badan Hafiz sehingga dia tidak sedarkan diri.
Persoalan tanggungjawab membantu seseorang tanpa melihat
sifat individu
Adila merasakan bahawa dia mampu mengubah keperibadian
Bujei. Pada Adila, BUjei menjadi sedemikian kerana pengaruh persekitaran. Adila
melihat Hafiz mempunyai sifat-sifat kemanusiaan yang tinggi.
Persoalan tanggungjawab membantu anak yatim
Mak Som mengajak Bujei bersarapan di rumahnya setelah Hafiz
selesai membasuh motosikal Alias. Mak Som menyerahkan seringgit kepada Bujei
apabila Alias enggan memberi upah kepada Hafiz. Mak Som menasihati Bujei supaya
tidak menurut arahan Alias.
Cara Watak Utama Menyelesaikan Konflik Yang Dihadapinya
Bujei telah dibimbing oleh Adila agar berani mempertahankan maruah dirinya.
Berbekalkan perasaan dendam kepada Alias selama ini, Bujei telah bangkit
menentang Alias yang datang ke rumahnya untuk membuli. Bujei telah manumbuk
Alias setelah Aliasn menjatuhkan radio yang baru dibelinya di bandar. Dia telah
mencapai parang yang terdapat di dapur rumahnya dan melibas ke arah Alias
sehingga Alias terjatuh. Bujei meminta ganti rugi atas kerosakan radionya.
Setelah Alias pergi, Bujei terkejut dengan kedatangan orang kampung termasuk
Sidang Saman yang menuduhnya menumbuk dan ingin mencederakan Alias dengan
parang. Namun setelah menjelaskan kedudukan sebenar kepada Sidang Saman, Alias
dipaksa membayar ganti rugi tersebut. Selepas itu Alias telah menabur fitnah
dan menghantar surat layang kepada Adila mengatakan Adila seorang gadis yang
rosak akhlak dan menghidap AIDS. Fitnah itu membuatkan Adila terlalu sedih dan
pulang ke Kuala Lumpur untuk sementara waktu.
Selepas Bujei melawan, Alias tidak berani untuk membuli
Bujei lagi. Alias datang dan bercakap dengan Bujei dengan nada yang baik walaupun dia
mempunyai niat yang tersirat. Manakala perasaan sangsi Bujei terhadap Adila
yang disangkanya berpenyakit semakin terhapus. Hubungan Bujei dengan Adila
kembali rapat. Alias pula telah menggunakan ilmu pengasih untuk mendapatkan
Adila. Namun ilmu itu memakan dirinya menyebabkan dia menjadi tidak siuman.
Nilai Kemasyarakatan
Nilai
tolong-menolong yang dapat dibuktikan melalui peristiwa Adila yang sanggup
mendermakan darahnya kepada Sahak yang terlibat dalam kemalangan motorsikal
ketika berlumda dengan Alias. Dia menganggap darah yang disumbangkan untuk
Sahak itu sekadar kebajikan dan dia tidak angkuh dengan sumbangannya itu.
Nilai
simpati ialah Mak Som mengajak Hafiz ke dapur setelah Alias enggan menyerahkan
upah kepadanya. Mak Som menyediakan sarapan kepada Hafiz sambil menyerahkan
duit seringgit kepadanya. Mak Som sempat menasihati Hafiz supaya tidak menurut
kehendak Alias.
Nilai nasihat-menasihati, iaitu Mak Lamah menasihati Adila supaya
berhati-hati apabila berkawan dengan Hafiz kerana Hafiz seorang lelaki walaupun
gambaran fizikalnya seakan-akan kurang berakal. Mak Lamah bimbang sesuatu yang
buruk akan berlaku kepada Adila nanti.
Ulasan
Catat Ulasan