Plastik

Definisi Ringkas Plastik

Plastik mempunyai rupa bentuk yang fleksibel, ringan, versatil, nipis, boleh dijadikan beg pakai buang, lut sinar, mudah dibentuk dan saiz yang pelbagai. Plastik yang terurai secara biologi iaitu biodegradasi ialah pemecahan bahan-bahan kimia oleh persekitaran fisiologi. Ianya membolehkannya mereput sepenuhnya dalam tempoh masatertentu. Dua elemen penting untuk menguraikannya. Ia perlu terdedah kepada oksigen dan cahaya. 

Plastik banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita seperti dalam pembuatan bekas makanan, baldi, botol air, jaring ikan dan sebagainya. Oleh itu, plastik merupakan salah satu benda yang amat penting dalam kehidupan seharian kita.


Jenis Plastik dan Kegunaannya

Kod 1: PET atau polyethylene terephthalate

PET atau polyethylene terephthalate adalah jenis plastik yang biasa dipakai untuk botol plastik yang tembus pandang seperti botol air mineral, dan hampir semua botol minuman lainnya.
Botol jenis PET ini direkomendasikan hanya untuk sekali pakai. Mengapa? Bila terlalu sering dipakai, apalagi digunakan untuk menyimpan air panas, akan mengakibatkan lapisan polymer pada botol tersebut akan meleleh dan mengeluarkan zat karsinogenik yang dapat menyebabkan kanser jika dikonsumsi dalam jangka panjang.
Jadi, sebaiknya kurangkan penggunaan isi ulang untuk jenis plastik ini, atau gunakan saja botol kaca.

Kod 2: HDPE atau High density polyethylene

HDPE atau High Density Polyethylene memiliki sifat bahan plastik yang lebih kuat, keras, dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. Kode 2 ini biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, Galon Air minum, dan lain-lain.
HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang “sedikit” lebih baik untuk digunakan kerana kemampuan untuk mencegah reaksi kimia antara kemasan plastik berbahan HDPE dengan makanan atau minuman yang dikemas dengan plastik jenis ini. Walau begitu, plastik jenis  ini juga disarankan hanya untuk sekali pakai, kerana pelepasan senyawa antimoni trioksida yang dapat meningkat seiring dengan waktu.

Kod 3: PVC atau Polyvinyl Chloride

PVC atau polyvinyl chloride adalah jenis plastik yang cukup sulit di daur ulang. Plastik ini biasa ditemui pada plastik untuk pembungkus, dan botol-botol. Kandungan dari PVC yaitu DEHA yang terdapat pada plastik pembungkus dapat bocor dan masuk ke makanan berminyak bila dipanaskan selama kurang lebih 15 Minit. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan yang dikemas dengan plastik ini berpotensi berbahaya untuk hati dan ginjal, oleh itu, sebaiknya jangan gunakan plastik jenis ini untuk membungkus makanan.

Kod 4: LDPE atau Low density polyethylene

LDPE atau low density polyethylene adalah jenis plastik yang biasa dipakai untuk tempat makanan(Tupperware), plastik kemasan makanan, dan beberapa botol-botol yang dipakai untuk kemasan minuman. Jenis plastik dengan kod 4 amat susah untuk dihancurkan tetapi tetap baik untuk meletakkan makanan.

Kode 5: PP atau Polypropylene

PP atau polypropylene adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik terutama untuk yang penggunaan dengan makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minum dan botol minum untuk bayi. Keadaanya adalah lu sinar, tapi tidak jernih atau berawan, dan cukup mengkilap pada permukaannya. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah, ketahanan yang baik terhadap lemak, dan stabil terhadap suhu tinggi.



Kesan Pembuangan Plastik Yang Tidak Terurus Keatas Alam Sekitar

-Pembakaran plastik menyebabkan pencemaran udara. Ia membebaskan gas toksik dan gas berasid dan      
  mengancam sistem imunasi manusia.

-Plastik tidak terbiodegradasi menyebabkan ia kekal dalam tempoh masa yang lama.

- Beg plastik yang dibuang ke dalam laut akan menyebabkan pencemaran. Hidupan laut seperti penyu yang termakan bahan plastik akan mati.

-Plastik yang dibuang ke dalam longkang menyebabkan aliran sungai tersumbat dan berlakunya banjir kilat.

-Pelupusan plastik biodegradasi yang tidak cekap, membolehkan toksin dilepaskan ke atasalam sekitar. Bahan toksin ini termasuklah metana dan karbon dioksida, kedua-duanyamenyumbang kepada kesan rumah hijau.


Kaedah Pengurusan Pelupusan Plastik

1. Menggunakan unsur petroleum yang mempunyai keupayaan untuk mereput dalam masa yang singkat ke dalam tanah. Tindakan organisma mikro yang menjadikan plastik tersebut sebagaimakanannya yang membolehkannya terurai secara mesra alam atau semulajadi. Boleh digunakan semula dan kosnya dapat dikurangkan dengan lebih efisien.

2. Menggunakan plastik Biodegradasi. Plastik ini mengambil masa yang singkat untuk terurai dan plastik ini dapat diperbaharui. Plastik biodegradasi selamat kepada alam sekitar dan penghasilan plastik mesra alam atau biodegradasi memerlukan kurang penggunaan tenaga. Plastik biodegradasi lebih mudah untuk dikitar semula dan tidak bertoksik. Plastik ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada minyak asing.

3. Kaedah ‘Sandwich’.Kaedah penimbusan ini dibuat secara lapisan demi lapisan secara mendatar.Setiap   antara lapisan ini ditimbus/ditutup dengan tanah.  Kaedah ini adalah lebih berkesan tetapi jika tapak pelupusan terlalu lebar (luas), maka bahan-bahan buangan ini akan ditinggalkan tidak ditutup untuk beberapa hari menyebabkan bau busuk dan sebagainya.


Ulasan

  1. PENDAHULUAN plastik dan kesannya ke atas alam sekitar ?

    BalasPadam
  2. kesimpulan kaedah pengurusan plastik?? plis?

    BalasPadam
  3. terima kasih kongsi.. alang-alang nak buat assignment jugak nih! :) happy je masuk2 ada muzik ... warna warni.. lepastu ada burung putih kat arrow... :D

    BalasPadam
  4. terima kasih , sangat membantu :) alhamdulillah .

    BalasPadam
  5. Kepentingan pelupusan plastik yang terancang? Pls

    BalasPadam
  6. Kepentingan pelupusan plastik yang terancang? Pls

    BalasPadam
  7. tumpang share sbb tgh rushing nk debate about plastik and plus i didnt know at all about this thing fizik kimia bio and else..im sorry but plis halalkan eah sbb nk sgt and tgh rushing

    BalasPadam
  8. Kepentingan pelupusan plastik yang terancang?

    BalasPadam

Catat Ulasan